Thursday, 9 January 2014

Tangani Anak-Anak Bergaduh

Isu bergaduh di kalangan adik-beradik memang tak pernah selesai. Ia masalah biasa di kalangan ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak. Buatlah macam mana sekalipun, mereka akan tetap bergaduh. Sekejap sahaja mereka berbaik, lepas itu mereka kembali bergaduh.

 

Tetapi kata orang tua-tua, air dicincang tak akan putus. Hubungan adik-beradik tidak akan terputus biarpun mereka kerap bergaduh. Ia sebahagian daripada proses tumbesaran anak-anak. Pergaduhan sesama mereka sebenarnya dapat mendidik banyak perkara seperti sikap bertolak ansur, bersabar, komunikasi dan kemaafan.

 

Pernah tak kita terfikir mengapa anak-anak kerap bergaduh? Mungkin bagi anak kecil bergaduh sesama adik-beradik mesti disebabkan berebut alat permainan, berebut rancangan televisyen atau salah seorang suka mengusik.

 

Tetapi mungkin kita terlupa adakalanya beberapa faktor lain turut mempengaruhi anak-anak memulakan pergaduhan. Ada anak berasa dia kurang mendapat perhatian seperti mana adik-beradik lain. Walhal ibu dan ayah tidak pernah beranggapan begitu. Biasanya perasaan itu terbit dari dalam diri anak sulung. Kadang kala ibu ayah berasakan anak sulung sudah besar dan perlu memikul banyak tanggungjawab dan perlu mengalah dalam banyak hal.

 

Hal tersebut menimbulkan perasaan kurang senang mereka lalu mula mencari hal dengan adik-beradik lain. Fasa pembesaran mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain, jadi sebagai ibu ayah, kita perlu cuba memahami emosi setiap anak-anak.

 

Walaupun bergelar anak sulung, mereka tetap seorang anak yang memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian yang sama seperti adik-beradik lain. Adakalanya perasaan bosan, keletihan dan lapar turut menyebabkan anak-anak bergaduh sesama mereka. Oleh itu pastikan jika di rumah terutama pada hari cuti, anda menyediakan jadual aktiviti yang bermanfaat bagi mengelakkan anak-anak kecil cepat bosan, merengek, mengusik satu sama lain yang menyebabkan timbul pergaduhan.

Tuesday, 7 January 2014

The true story of love

TRUE LOVE STORY.....
there was a girl a boy...girl proposed the boy n boy agreed....girl always used to say that my heart is not mine its always with u....& i am living without heart....after few month girl said that i cant marry u coz my parents are not allow me...but we'll be fren 4ver...after few month girl got married another boy..after 2 days of her wedding girl looking her wedding gifts....she came across a gift & start crying the gift was d heart packed in a glass jar with full of blood...the lid of the jar was attached with the paper written on it....
**HEY STUPID UR HEART IS WITH ME NA THAN WHAT WILL U GIVE TO UR HUSBAND......???��������—with Shamila

Friday, 15 February 2013

luangkan masa untuk ibu kita

 http://shamiladiomand.blogspot.com
Kali ini aku nak 
coret pasal kasih sayang Ibu..... 
cerita pasal ibu je aku teringat ibu aku dan rindu sangat....
aku rasa semua mesti sayang kat mak masing-masing..... 

Ibu....
adalah wanita yang telah melahirkanku, merawatku,
membesarkanku mendidikku hingga diriku telah dewasa.




Add caption
Ibu..
adalah wanita yang selalu sedia bila aku dalam buaian tatkala
kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri  tatkala perutku terasa
lapar dan haus tatkala kubangun di waktu pagi, siang dan malam.


Ibu.....
adalah yang penuh perhatian bila aku sakit, bila terjatuh, bila aku nangis dan kesepian.  Ibu selagi nyawa ada aku, aku jagamu sayang seperti anak kecil...

Thursday, 14 February 2013

Resepi teh herba dan sandwich telur.

Em sesuai sangat kawan2 yang  penat balik dari kerja. Dapat minum secawan air teh panas ditambah pula teh herba. Hilang penat. Nak tahu resepi nya  mesti ila  akan bagi resipi.Cuba ya. Ini untuk secawan teh.

Rebus teh - 3sudu besar bersama
Halia kering sebesar ibu jari.
Biji pelaga - 2 biji. 
Halia kering dan biji pelaga perlu kisar  gan blander kering.lepas tu, rebus bersama teh. Campur sedikit serbuk ketumbar.
Tapis teh, tambah susu dan gula.boleh juga tarik teh. Sedia minum.

Hentikan Penculikkan

Tidak kah kasian pada kanak yang tidak tahu apa-apa. Susah payah kami kandung mereka dan lahirkan anak.
Mengapa culik mereka.